FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM

Bagaimanakah penggera saya berkerja?

Jawapan : Sebaik sahaja sistem anda diaktifkan, setiap zon yang dikesan akan mempunyai keupayaan untuk mengenali satu pencerobohan, maka ianya akan mencetuskan satu alarm amaran.

Penggera ADT disambung menggunakan talian telefon anda ke Central Monitoring Centre (CMC). Bila satu satu zon telah dicerobohi maka satu alarm akan tercetus , maka satu isyarat akan dihantar balik ke CMC untuk tindakan.

Apa akan berlaku jika penggera tercetus ketika sedang saya menggunakan telefon? 

Jawapan: Jika anda sedang menggunakan talian telefon untuk mengakses internet atau sedang dalam sesuatu perbualan , cetusan penggera itu akan "override" penggunaan semasa telefon anda dan menghantar satu isyarat penting kepada CMC. Justeru itu, anda akan dijamin bahawa CMC mampu bertindak balas terhadap cetusan alarm anda dengan cekap dan berkesan.

Bolehkah sistem penggera ADT dihubungkan dengan talian jalur lebar (broadband) atau talian digital saya?

Jawapan: Ya. Oleh kerana keselamatan rumah anda adalah keutamaan tertinggi kami , maka kami mencadangkan agar pelanggan-pelanggan berunding dengan ADT sebelum jalur lebar atautalian digital anda akan dipasang. Perunding Pelanggan kami akan menyediakan butiran yang berkaitan & temujanji-temujanji tertentu untuk memastikan pemasangan talian tersebut menetapi piawaian. 

Sila maklum bahawa sistem keselamatan rumah anda tidak akan berfungsi jika berlakukegagalan tenaga (power failure) kerana modem tidak mempunyai kuasa bantuan gantian.Modem perlu untuk sentiasa hidup (on) pada sepanjang masa untuk membenarkan hubungan talian yang aktif ke CMC.

Jika anda mengalami satu kegagalan tenaga (outage), sila hubungi penyedia perkhidmatan anda atau 1300-88-0228 untuk makluman segera.

Apa berlaku kepada sistem penggera jika ia telah dirosakkan, atau jika kuasa darinya telah dipotong?

Jawapan: Sekiranya berlaku kerosakan (contohnya. Jika penggera panel anda dipecahkan ataudiganggu ubah dengan paksaan), CMC akan menerima satu isyarat yang menunjukkan alamanda telah diganggu ubah secara paksaan. CMC akan melayan amaran alarm sedemikian dengan secara segera iaitu layanan yang sama pentingnya seperti amaran alarm kecurian, dengan jangkaan bahawa telah berlaku kejadian yang tidak diingini.

Jika kuasa dipotong, sistem anda akan mempunyai satu kuasa bateri sokongan sehingga 24 jam (bergantung kepada jenis penggera dan frekuensi kehilangan AC). Isyarat-isyarat kehilangan kuasa AC juga akan diterima dan diambil tindakan oleh CMC.

Hubungi Kami

Hubungi saya , wakil ADT anda, Sukej (ADT Team Leader) 019-3001213 untuk maklumat lanjut atau untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan. Saya juga boleh dihubungi secara email melalui borang seperti dibawah. Kami akan menghubungi anda semula melalui email atau telefon (jika anda sertakan di dalam mesej anda) dengan kadar yang segera.


foxyform.com